Yes, ikut calendar, lagi dua minggu nak masuk minggu ke-28. Gulpp!! (hari ni rasa nak memanggil diri sendiri sebagai saya instead of aku. bolehh??)
Bloghopping here and there.. dan terus termasuk blog cerita tentang anak yang meninggal dalam kandungan. Tidak! bukan ini kali pertama. Banyak kali dah baca cerita cerita macam ni. Dan tak pernah lagi tak menitik air mata ni tiap kali baca.
Terus terfikir or should I say as 'muhasabah diri'.
Jujur bercakap, dek kerana mudahnya mengandungkan Arissa..saya ada rasa macam sedikit mengabaikan penjagaan si kecik ni semasa dalam kandungan. Kenapa? Jangan tanya kenapa. Saya sendiri tak tau nak jawab apa.
Nak kata mengandung kali ni mudah? Tidak juga..sebab:
1. Selama mengandungkan Arissa tak pernah saya muntah, loya, tak lalu makan. Itu sebab di saat bersalinkan Arissa mau 72kg kut kalau tak silap saya..eh ke lebih??. Kali ni, nafsu makan zero. Kalau kata penangan 'morning sickness', sepatutnya hilang secara ajaib bila masuk trimester kedua. Pun tak jugak. Malam memang tiada selera makan. En.suami naik menyampah agaknya nak ajak makan luar. Tu kena gigih jugak masak kat rumah. Setidaknya jamah sedikit nasi. Kalau makan kat luar, masuk dua tiga suap dah tak lalu nak makan.
Dan sekarang, mencecah ke 26 minggu, simptom muntah, tak lalu makan datang balik. Tapi takpe, selagi saya makan dan lepas tu muntah, saya tak risau sangat. Dengan susu pun tak boleh nak minum secara konsisten. Akhir akhir ni saja boleh dipaksa minum tanpa diluahkan balik gara gara ada koko krunch dan honey star. hehehe. Mungkin itu sebab di kala 6 bulan mengandung, berat cuma 64kg ajer.. huhuhu. Kagum juga. :p (tapi kenapa tengok cermin macam gemuk jugak dari tepi ek, eh dari semua segi la, belakang depan pun besar, ke ilusi optik?)
2. Dah masuk sebulan saya memandu hampir 100km, jumlah pergi balik perjalanan dari pejabat ke rumah. Sob Sob..Besar kereta macamana pun, still penat tu ada. Eceh, macam besar sangat la kereta tuh. Oh mungkin jika saya memandu kereta bercitarasa mewah tak terasa penat. Tapi dah cukup bertuah tak perlu naik kemudahan awam. Kalau nak naik pun macam tiada kemudahan melainkan bas cyberjaya. Itu pun payah sebab tempat turun naik bas cyberjaya bukan dekat dengan rumah.
3. Rumah dua tingkat sedikit sebanyak agak menyusahkan dengan keadaan perut macam ni. Belum lagi naik turun tangga mendukung Arissa bila die berkehendakkan itu. Seksa.. tapi dengan wajah adorable saying, "mama, nak tukung lehhhh?" tang 'lehhh' die punye mendayuuu tak sampai hati saya nak buat tak peduli. Tapi kalau dah tak larat sangat, saya akan jawab, "adik dalam perut nanti rasa sakit. mama pegang tangan je la ye." Sedih tau bile kena cakap macam tu.
4. Mengalami pelvic pain yang agak chronic..senak perut, pedih ulu hati, sindrom nak marah orang sesuka hati (mangsa adalah en.suami dan Arissa..kesian mereka. Terjaga tengah malam, tenung muka tersayang baru rasa nak menyesal), mood swing 24/7.. which none above had shown in my previous pregnancy. Sungguhla bagai dikata, lain anak lain penangannya.
Ni antara 4 sebab utama bila saya kata mengandungkan si kecik kali ni bukan mudah.
Dah tahu bukan mudah, saya masih lagi skip makan vitamin yang sepatutnya dimakan. Bukan sengaja, tapi betul betul terlupa. Eh mungkin boleh kata sengaja. Sebab bila teringat, saya akan menangguhkannya, dan akhirnya benar benar terlupa nak makan. Bad mama.. really bad mama. :(
Dek kerana penat, saya jarang sangat habiskan masa baca al-Quran macam saya buat masa mengandungkan Arissa. Bangun 5.45am, mandi, Subuh.. terus masak air panas. Kemudian kocoh kocoh pula menggosok baju kerja suami dan diri sendiri. Kemas pula baju Arissa dan segala macam barang untuk kat taska. Diselang seli pulak adegan kejut mengejut si ayah dan anak. Tengok tengok jam dah pukul 6.30am. Kena pula Arissa nak main air waktu pagi pagi ni. Sambil sambil baba dia mandikan, saya siapkan diri dah nak pukul 7am. Kocoh kocoh pula siapkan minum pagi. Walaupun tak la sampai buat nasi goreng, mihun goreng bagai.. still perasaan terkocoh kocoh tu semua ada. Siap buat milo+roti/susu+cereal/nescafe+roti for en.suami, having light breakfast..tengok jam dah pukul 7.30am. Kocoh kocoh hidupkan enjin kereta, masukkan beg, masukkan Arissa dalam kereta hehehe, kut kalau ada sampah menggunung kat dapur/bilik, buang kat tempat sampah..tengok jam dah nak pukul 7.45am. Paling lambat keluar rumah pukul 8am, merasa la anda melihat adegan kereta berebut masuk lorong smart tag/touchngo which really annoying when you have to face it in the morning.
Balik kerja, adegan sakit hati bermula bila kereta semua macam bagai nak gila balik rumah. Bergegas pulak amik Arissa di taska takut kena charge lebih masa. Rugi. Sampai rumah paling lambat pukul 7pm. Bersiap pula mandi, maghrib, belum lagi nak kena mandi dan cebokkan Arissa. Turun pulak memasak untuk makan malam. Iye, masak bukan yang susah pun. Main campak campak jer. Tapi still, kalau macam dalam game ada time bar untuk energy character game tuh, saya punya time bar tu dah sikit lagi nak habis. Menyala nyala warna merah suruh charge balik tenaga.
Habis dinner pukul 9.30pm. By the time 10pm Arissa dah ajak masuk tidur. Bila jadi adegan macam ni, memang jadinye dengan saya sekali terbabas tidur. Eh.. tu bukan tidur lena lagi. Pukul 12am terjaga sebab cramp kaki, tak pun sakit dada, takpun kena pujuk arissa. Paling best bile Arissa ajak tidur sekali join satu katil dengan dia. Habis usaha nak asing tempat tidur tak berjaya lagi. Belum lagi merengek nak susu. Nak tunggu pukul 5.45am bunyi jam loceng, adalah dalam 3 atau 4 kali bangun.
Orang kata itu semua alasan je. Kita ada 24 jam sehari, mesti sempat punya baca walau sehelai muka surat dalam al-Quran.
Nampak sangat saya tidak pandai menguruskan masa. Macamana nak jadi ibu berkerjaya dengan dua orang anak? *gigil*